Tuesday 8 September 2015

Proton Exora SP

Bertemu kembali!! Maaf kerana dah lama admin tak muncul - muncul! Agak sibuk dalam setahun ni huhuhu... Kali ini admin akan membincangkan mengenai Exora SP, kenderaan MPV Proton yang telah kali ketiga diubahsuai untuk pelanggannya yang amat disayangi.



Apa kelebihan Exora SP ni la??
Buat setakat ini, kelebihan yang ada ialah pada bodykit nya. Didatangi dengan kasut sukan yang baru, yang menampakkan ciri yang lebih elegan berbading pada kasut sukannya yang lama. Lampu foglamp juga kini dalam bentuk LED! Perh lawo woii! Takde la nampak sangat kekuningan pada lampunya, zaman sekarang ni orang suka lampu putih. Yang ni konpom 100% lepas JPJ hahax.



Lampu belakang juga telah dibuat dalam versi baru! Mengapa PROTON buat lampu camni ha? Pada sebelum keluaran exora sp ini, kebanyakan pemilik exora berkelab seperti Exora Owners Club Motorsport (EOCM) telah mengubahsuai lampu seperti ini. Jadi, timbullah pemikiran designers PROTON untuk membuat lampu sedemikian rupa.. Lagipun kelab ini memang ada sangkut paut dengan PROTON.




PROTON juga telah mengubahsuai bumper belakang dengan meletakkan lampu brek belakang atau lebih dikenali sebagai foglamp belakang. Idea lampu ini juga telah diambil melalui Proton Suprima S, kenderaan hatchback terbaru PROTON. Lampu ini sangat membantu terutama ketika hujan lebat, kerana cahayanya yang sangat terang dan jelas. Mungkin yang duduk belakang kereta ni sakit mata jugak la, hahax...




Berkenaan rupa indoor, perbezaannya adalah hanya pada rupa dashboard dan butang pada bahagian lampu signal dan seangkatan dengannya. Admin agak kecewa dengan lambang pada gear iaitu pada gear L. Sepatutnya lambang gear tu diletakkan lambang S, iaitu Sport. Mungkin kerana ianya MPV, jadi letak jela L, iaitu Low. huhuhu.. Bunyi enjin dah sedap dah time guna gear L tu.. Pecutan yang terbaik.

Apa yang paling bagus dalam Exora Sp ni?
Harganya! Harganya adalah sama dengan harga Exora pada sebelum ini! Dengan pelbagai tambahan yang diberikan, harganya masih sama.. Tahniah PROTON atas segala kejayaan yang diberikan dalam pembinaan Exora SP. Kipidap, Dongibab and Yukenduit!

Setakat ini, ini sahajalah buat kali ini.. Terima kasih kerana setia bersama admin, dan terima kasih kerana sudi membaca!


Monday 16 June 2014

Kepentingan Pemadam Api Di Dalam Sesebuah Kenderaan

Dah lama admin tak update blog. harini admin nak update balik blog yang dah usang ni heehhee.... Okay, tajuk pada kali ini ialah mengenai kepentingan pemadam api di dalam sesebuah kenderaan....

Sebenarnya, pemadam api ini sangat penting untuk semua kenderaan terutamanya lori tangki minyak, kereta autoshow, lori pembawa bahan mudah terbakar & macam2 lagi. Ini kerana, kita bukannya tahu bila perkara buruk akan terjadi kepada kita ni.. Elok jer tgh drive, tiba2 body belakang terbakar. apa citer?

Mungkin masih ramai yang tak menyedari hal ini.. kalau xnak pakai pemadam api yang besar gajah yang warna merah tu, pakai je yg kecil.. boleh dapatkannya di kedai2 aksesori kereta. tapi yg kecil ni utk kereta jelah.. paling maksimum pun utk MPV jer.. yang lori kena la pakai yang besar gajah tuh...kikikii

Kalau boleh, beli lah yang warna karbon dekat yang paling kiri tuh... smart sikit.. mcm stiker je.. hahaha


Kalau tak beli, jadi apa2..... haa jadilah mcm ferrari tuh.. kalau pakai pemadam api, benda kecik jer yg rosak. kalau x pakai, satu kereta rosak.. bukannya rosak, hancur rentung.

Perasan tak? kalau time autoshow kan, mesti ada pemadam api kecil tuh..... sebenarnya ia juga turut boleh menambahkan markah untuk pertandingan autoshow tersebut. malah, boleh memadam api kalau berlaku
k e b a k a r a n.....

Hmm... ini je kot.. info untuk anda.... nanti jika admin ada masa lagi, admin akan post cerita baru plak..

- S E K I A N -





Sunday 2 February 2014

PROTON eXora... Berat Sangat Ke?

Ramai yang complain tentang eXora yang menggunakan enjin CPS. Takde pickup la, berat la, tak larat nak pijak pedal minyak la aii macam - macam la. Yang geng guna enjin CFE ramai - ramai pakat kutuk member pakai enjin CPS...hheee

Aku ada satu jalan penyelesaian untuk pilot - pilot yang eXora CPS ni.. Guna botol pawer... Botol ni cuma ada dalam kelab EOCMotorsport je. Errr bolehler daftar masuk kelab dulu yer kikikikii.. Nak tengok rupa botol dia? Nahh gambarnya.


Tuu ler gambar botolnya.. yang atas tulisan Campro CPS tuu.. Tak nampak lagi ke??? Nahh satu lagi


Nampak tak? Aishh tak nampak lagi?? Nahh satu lagi gambar.


Dah nampak dah? Tak nampak lagi ke? Adoi. Ni ha gambar last. Takde dah.


Haaa botol warna silver tu la botol pawerr nya.. hhaaa

Kenapa warna botol dia lain dari gambar yang lain? Warna silver? Tadi gambar atas warna hitam? Ini kerana botol ada dua warna tak silap aku. Ada yang kata warna botol ni lain - lain sebab lain kegunaan nya.. Ada yang untuk brek, ada yang untuk enjin... Hemm apa pun kena jumpa dengan tauke botol ler.. bawak berunding. Search nama dia dalam facebook, Zan Bowtak.

Jangan ingat eXora je yang boleh pasang botol pawer ni. Kereta lain pun boleh pasang. Honda pun pasang...Persona ada pasang. Kelisa pun ada pasang tau... Haahaaa

Terbaik.