Sebenarnya, banyak keburukan berbanding kebaikan sekiranya anda basuh kereta di kedai seperti itu... Disini ditampilkan keburukan dan kebaikannya:
KEBURUKAN:
- Cat kereta anda akan cepat rosak... Sabun yang digunakan adalah sabun yang tak elok untuk kereta. Sabun yang bagus adalah sabun yang kurang buih. Mungkin selepas anda selesai basuh kereta, anda lihat kereta anda berkilat kan? Hmm sebenarnya tak tahan lama cat anda nanti...
- Body kereta akan calar... Ini kerana kain yang digunakan oleh kedai - kedai ini, semua tempat dia lap dengan satu kain.. Sepatutnya kain perlu ada berbagai - bagai untuk bermacam - macam tempat. contohnya kain ni khas untuk cermin, kain yang ni pula untuk body, dan kain lain untuk kawasan lain mungkin untuk indoor dan sebagainya.
- Selaluya kebanyakan kedai cuci kereta akan basuh kereta dahulu baru melakukan proses vacuum indoor kereta. Ini juga tak bagus untuk enjin. Enjin anda masih panas dan tiba - tiba air dipancut dekat enjin. Macam manusia juga kan, anda tengah tidur tiba - tiba ada orang buat anda terkejut.. Haa macam tu lah enjin kereta.
- Harga yang murah. Selalunya kedai basuh kereta di kedai - kedai bangla atau kedai biasa ni mesti murah.. Kalau setakat basuh kereta sekali dengan vacuum, kadang - kadang tak sampai RM15 pun.. haha
- Cepat. Anda hantar terus kereta anda dan terus dicuci.. Kalau di kedai - kedai yang berkualiti, dia mengambil masa yang agak lama.
No comments:
Post a Comment