Time banjir, selalunya kereta mesti akan tersadai juga sekiranya air banjir naik secara mendadak. Haha siapa tak sayang kereta kan? Semua orang sayang kereta sendiri. Tak tahu la kalau kereta tu kereta syarikat. Selalunya kereta syarikat pun kita jaga elok - elok supaya bos tak marah.
Haa ni yang nak cerita sikit apa yang perlu dilakukan selepas kereta dah ditenggelami air. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta
anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN
CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh
ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta
terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila
anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke
dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer.
(Untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki
baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana
alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah
lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan
pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor
yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita
terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi
kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang
tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah
minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak
berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata
dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2
hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa
diganti(harga untuk kotak gear baru Wira 1.6 auto adalah lebih kurang
RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta
baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem
elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak
menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan
baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.
Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).
Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html
No comments:
Post a Comment