Sunday, 17 November 2013

Kenapa Ferrari Mudah Terbakar??

Ferrari, salah satu kereta mewah ataupun yang selalu orang panggil, kereta sport yang terbaik di dunia. Harganya paling murah mungkin dalam setengah juta. Huhu mana nak cari duit sebanyak itu. Ferrari juga dikaitkan dengan orang kaya - raya seperti CEO syarikat, dan sebagainya. Bagi yang selalu tengok ceramah - ceramah, Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut dikaitkan dengan kereta Ferrari yang selalu dipandunya.. Siapa yang tak kenal ustaz tu kan..

Haa, berbalik kepada tajuk kita, kenapa Ferrari mudah terbakar?? Walhal jenama ini adalah salah satu jenama kereta yang terbaik di dunia ini... Pada pendapat aku, kereta Ferrari ni selalu dipandu laju dan menyebabkan suhu enjin nya panas. Faham - faham sajalah, kereta antara kereta yang terpantas di dunia, mestilah driver nak test speed.. nak buktikan betul ke kereta ni laju.. Tapi, sebenarnya, kereta ini tidak boleh kekalkan kelajuan yang tinggi dalam masa lebih daripada 8 jam berturut - turut. Ini kerana kereta tali sawat enjin dah panas kerana ia perlu running berjam - jam.. Kesian tali sawat tu... Oleh kerana driver memaksa ia kekalkan kelajuannya, tali sawat akan menghadapi panas melampau dan menyebabkan satu enjin terbakar.. haha..


Selain daripada memandu dalam masa yang terlalu lama, ia mungkin daripada gas turbo di dalam nya. Ferrari selalu dikaitkan dengan enjin turbo. Kebakaran mungkin berpunca daripada silinder gas yang bocor.


Disebabkan kebakaran inilah yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang ragu - ragu untuk membeli kereta mewah ni.. Kita boleh sebenarnya beli kereta dari jenama mewah ni cuma satu sahaja yang perlu diingatkan, jangan driving terlalu lama. Mungkin yang drive kereta ni leka dengan kelajuan yang luar biasa, tapi kelekaan inilah yang buatkan kita takkan jumpa lagi kereta mewah ini. Selain itu, pastikan kereta selalu hantar untuk service sebelum berjalan jauh. Apa yang foremen dari service center kata, pastikan ikut segala arahan yang diberikan. Lastly, drive carefully. haha itu sahaja pendapat dari saya.



















































2 comments: