Monday, 18 November 2013

Aduhh!! JPJ Buat Hal!

Zaman dah maju. Kereta dah banyak orang pakai. Setiap hari mesti ada kereta yang dibeli oleh rakyat Malaysia. JPJ pun keluarkan roadtax hari - hari.. Oh kayanya Malaysia. Semua orang dah pakai kereta.. Tapi MASALAHNYA sekarang ni ialah, JPJ buat DUA SISTEM untuk keluarkan roadtax! Adoii..


JPJ buat road tax menggunakan dua sistem ketika ini, satu sistem baharu dan yang satu lagi sistem lama. JPJ ni pun pandai, yang awal bulan dia pakai sistem baharu, nak dekat masuk bulan baru dia guna sistem lama.. Perhh... Susah hidup.. 

Nak tahu kenapa sistem lama tak bagus? Ini kerana sistem baru buat no plat kereta dah nak masuk abjad baru dah. Pastu JPJ guna sistem lama time hujung bulan. So, dapat no plat lama lah. 

Tak faham ker? Emm takpe lah, aku bagi contoh. Contohnya kita buat guna no. plat negeri Perak lah senang. Aku kan orang perak. haha.. Ok macam ni contohnya : Ketika ini no. plat terkini ialah AJM 3025. Pastu JPJ guna sistem baru, no. plat akan lompat kepada no 8000 atau 9000.  So, no.plat terkini sekarang ialah AJM 9830. Dah nak masuk bulan baru, JPJ akan guna sistem lama. So, yang beli kereta pada hujung bulan akan dapat no. plat lama seperti AJM 6605 walhal orang lain dah nak masuk AJN dah.. ish ish ish kesian orang beli kereta pada hujung bulan kan?? Macam aku ni lah!! Orang dah masuk AJM 9935, aku baru dapat AJM 6602. Sakit hati betul.

So, aku nasihatkan kepada orang yang nak beli kereta, jangan beli kereta pada hujung bulan. Nanti dapat no. plat lama.. Sedih nanti.. Aku harap JPJ buang sistem lama tu.. Sistem tu buat orang menderita ada lah..

Haa! aku nak cerita sikit nie. Sekarang kerajaan keluarkan no. plat IM4U untuk rakyat Malaysia.. Sebenarnya dah lama no. plat ni, tapi baru perasan ada orang pakai.. Haha nak tahu kat mana website nya? Tekan sini . Dah tinggal sikit lagi untuk habis.

Oklah, sampai sini sahaja. Bye!


















No comments:

Post a Comment