Thursday 14 November 2013

Motor Berkapasiti Rendah Takkan Naik Haighway Lagi!!???

Motosikal kapasiti enjin (CC) rendah berkemungkinan tidak dibenarkan berada di lebuh raya bagi melindungi pengguna kenderaan itu daripada risiko kemalangan jalan raya. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal.


 Katanya, berbanding motosikal berkuasa tinggi, pengguna motosikal kecil terdedah kepada risiko kemalangan kerana angin daripada kenderaan lain yang laju boleh mengakibatkan motosikal itu berada dalam keadaan tidak seimbang.

"Kita sedang melihat bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini, sama ada motosikal dibenarkan di lebuh raya, sama ada dikenakan tol, kategori mana yang dikenakan tol ataupun tiada tol untuk mereka, ini akan diperincikan," katanya sidang Dewan Rakyat hari ini.

Berita Selanjutnya Di Utusan Malaysia 
  •  Tak dinafikan kenderaan 4 roda lebih selamat, tapi tak semua orang di Malaysia mampu beli kereta hatta kereta kancil 2nd hand pun, apatah lagi motor berkuasa besar. Nak kenakan tol untuk motosikal yang guna lebuhraya? Kalau motor berkuasa besar tu takde masalah, tapi kalau motor kapcai atau skuter pun kena tol juga memang melampau
  •  . Di Malaysia banyak lebuhraya, hatta jalanraya biasa kat bandar2 besar pun dah macam lebuhraya double lane, bezanya takde tol je. Adakah jalan ini pun diharamkan guna motor kapcai?
  • Lebuhraya dah jadi penghubung utama kawasan2 di Malaysia. Kalau orang dari KL nak pergi pantai timur kena lalu Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur. Kalau yang di pantai barat guna Lebuhraya PLUS. Kalau motor kapcai diharamkan, bayangkan betapa jauhnya mereka kena lalu jalan lama yang lagi membahayakan dengan keadaan jalan yang kebanyakannya tidak rata, bengkang bengkok, berlubang2, sempit, menakutkan dan terpaksa mencelah - celah belakang lori dan kereta.
  • Kalau pengangkutan awam kita sangat efektif dan efisyen seperti di Jepun atau Singapura takpe juga nak haramkan motor kapcai guna highway. Ini dah la pengangkutan awam tak banyak, tak efisyen, tak tepati masa, mahal dan sebagainya.
  • Kalau buat laluan motor di lebuhraya pun tak guna kerana ramai penunggang motorsikal tak nak guna, sebab banyak jalan yang berlubang dan berlecak, lagi teruk ada gangster selalu tunggu waktu malam kat terowong laluan motor. Ada juga kereta yang masuk laluan motor.
  • Lepas ni kalau banyak kemalangan melibatkan lori, haramkan lori dari guna lebuhraya. Banyak kemalangan melibatkan bas, haramkan bas guna lebuhraya. Banyak kemalangan melibatkan kereta, haramkan kereta guna lebuhraya. Banyak kemalangan sewaktu konvoi motor kuasa besar di lebuhraya, haramkan aktiviti konvoi di lebuhraya. Dan lepas ni kalau banyak kemalangan motor kapcai di jalanraya, mungkin motor kapcai akan diharamkan pula di jalanraya biasa. Nak naik motor kapcai, naik je kat jalan kampung tanah merah.
  •  Kebanyakan kemalangan yang berlaku di Malaysia ni bukan disebabkan oleh faktor infrastruktur atau jenis kenderaan tapi sikap dan mentaliti manusia. Tempat yang kena bawak slow diorang bawak laju. Tempat yang tak boleh berhenti diorang berhenti. Lampu isyarat dah cakap merah tanda berhenti dia pergi jalan juga. Parking yang disedia khas untuk OKU diorang parking jugak. Waktu tengah mengantuk atau mabuk lepas minum arak dia pergi jugak bawak kereta. Orang dah sediakan jejantas untuk melintas jalan dia pergi juga lintas kat jalan. Banyak infrastruktur kita dah kelas pertama, tapi tak guna kalau mentaliti dan sikap masih kelas ketiga.
  • Buat la peraturan macam2, bina infrastruktur atau teknologi canggih macam mana pun, kalau sikap kita di jalanraya masih tak diubah, serius tak guna.
  • Akhir kata, kalau nak guna lebuhraya, jangan beli motor, beli kereta. Kalau tak mampu beli kereta, naik bas.

















No comments:

Post a Comment