Haa hari ni nak cerita luar daripada PROTON pula. Ini semua atas permintaan kawan aku.. hehe. Hari ini nak cerita tentang Toyota Vellfire, salah satu MPV paling mewah dan paling meletopp di Malaysia ini terutamanya di Seri Manjung.
Di Seri Manjung , tak sampai 20 buah pun kereta ni yang boleh anda tengok diatas jalan raya. Kenapa ekk? Haaha buat - buat tak faham pulak. Sudah tentu lah berkenaan harga kereta yang beratus - ratus ribu. Yang secondhand pun paling murah RM35K. Perrhh orang yang bertul - betul kaya sahaja yang boleh beli Vellfire ni.
Kini Toyota mengeluarkan jenis Hybrid dimana ia dapat menjimatkan minyak dan juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Toyota memasarkan jenis Hybrid ini pada tahun 2012 yang lalu. Keluasan adalah sama jika dibandingkan dengan jenis lama yang ia bukannya Hybrid.
Warna juga ditampilkan dengan lebih banyak dan menarik. Antara warna - warnanya ialah, black, bordeaux mica metallic, dark blue mica, dark violet mica metallic, grey metallic, light blue metallic, silver metallic dan white pearl crystal shine. Semua warna adalah sama harganya kecuali white pearl crystal shine, dimana ia lebih mahal RM1000. Ini kerana warna itu lebih cantik putihnya dan lebih jernih berbanding warna putih lain.
Ramai yang buat kereta ini menjadi kereta mewah untuk berjalan - jalan diseluruh Malaysia dan untuk pergi ke tempat kerja. Tapi, ada juga yang buat kereta ini menjadi kereta autoshow. Hehee.
Ramai pembeli Toyota Vellfire yang tidak mengubahsuai kereta ni.. Mungkin takut warranty enjin hilang agaknya. Tetapi tidak bagi aku sendiri, sekiranya aku dapat kereta sperti ini, akan ku ubahsuai dengan memasang lowered spring, tambah sport rim, kalau boleh nak masukkan turbo atau supercharger supaya lebih mantap pemanduannya.
Tapi apakan daya, aku tak berapa minat kereta MPV ni. Kalau aku lah, aku akan beli Ferrari Italia 458 ke, apa ke. hehe
Okey - okey. Masuk balik bab Toyota Vellfire ni. Kereta mewah ni mempunyai sistem keselamatan yang tinggi.. Disetiap cermin mempunyai satu airbag yang besar bagi mengelakkan pemandu/penumpang tidak cedara. Toyota memang bagi safety, fuhh baik punya lah.
Hemm okaylah. cukup sampai setakat ini sahaja.. Dah lenguh tangan ni. Mungkin pembaca pun lenguh mata kan? Dibawah ditampilkan gambar - gambar berkenaan Toyota Vellfire.
No comments:
Post a Comment