Yang pertama, aku nak cerita sikit berkenaan dengan tempat duduk..
Punyalah kecil tempat duduk nya... Rasanya boleh letak besar sikit lagi.... hmmm
Haa yang kedua, berkenaan dengan suis signal dengan wiper terbalik... Adess
Aduhai susahla kita.. Terbalik pulak dah...
Selalunya kalau driver duduk di sebelah kanan, tangan kanan digunakan untuk tukar signal manakala tangan kiri pula untuk tukar gear(yang manual je lah karang yang auto pun tukar jugak memang rosak gearbox) kan? Macam mana boleh jadi macam nie... Walaupun boleh tukar signal walaupun terbalik, tapi rasa kurang selesa lah kan..
Yang ketiga, ruang lutut kiri agak sempit.. Pfff...
Lenguh sikit la kaki kiri tuh... Pasal tak boleh nak kangkang lebih - lebih kan...
Kepala lutut kiri mesti langgar punya dashboard gear tuh... Cuba lah fikirkan, kalau nak jalan jauh - jauh... Rasanya kena banyak kali berhenti dekat R&R ni kan?? hmm..
Yang keempat, lampu led indicator Air Cond agak menjolok mata nie...
Sakit mata sikit lah kalau yang duduk belakang tu.. hehe
Benda ni kira hal kecil sahaja, Cuma lampu led biru tu je yang sakit mata kalau tengok.. Tutup je dengan benda yang boleh halang cahaya lampu tu.. Apa yang susah kan..
Yang kelima, tempat duduk tengah di baris kedua agak keras
Erhh sakit sikit kalau yang duduk di tengah - tengah tu... keras..
Tempat duduk di tengah itu memang keras.. Memamg dia buat khas untuk orang letak tangan je kot... Tapi kasihan buat orang yang duduk di tengah tu.. Sabar jelah yer...hehe
Yang keenam, tempat nak letak air agak jauh..
Sakit hati bila tengok air tumpah - tumpah...
Siapa yang tak suka bila memandu sambil minum air kan. Tak kiralah jalan jauh ke, jalan dekat ke, mesti beli air punya... itu kalau saya lah... Tapi masalah nya agak jauh kebawah tempat air nya kan? Huhu bahaya tu kalau jalan tengah sibuk kita pula pergi ambil air yang kat bawah tuh...
Yang ketujuh, Radio tiada usb hub...
Sekarang ni dah tahun keberapa.. Semua radio dah ada usb hub lah...Adoii
Zaman sekarang semua dah pakai player yang ada usb hub lah.. Semua pakat main cucuk - cucuk jer... Player nya complete.. Semua ada, Bluetooth dan sebagainya.. Tapi, usb hub mana??? Screen yang di bumbung tu memang ada usb hub.. Tapi takkan semua nak cucuk sana?? Apatahlagi untuk orang yang beli yang standard yang tiada screen kat bumbung tu.. Lagi parah..
Yang kelapan, agak susah nak memotong....
Enjin CPS memang teruk..
Exora agak susah.. erkk bukan agak susah, memang susah lah nak potong kereta lain... Kalau yang pakai manual bolehlah buat teknik sendiri.. Yang auto nie.. Nak buat apa? Hmm sedar jelah yang kita ni sedang membawa MPV ..
Yang kesembilan, Spring agak bumping... hemm...
Ramai orang kata exora lama ni spring/absorber nya agak lembut... apatah lagi yang lalu jalan berlekuk - lekuk tu, lagi parah... Nak senang tukar je absorber/spring lain.. Harga nya.. Boleh tahan jugak lah...
Yang terakhir, Noise Insulation agak kurang memuaskan..
Bunyi enjin dengan persekitaran luar boleh kedengaran di dalam kokpit apatahlagi kalau tutup radio... Mungkin pintu besar agaknya... Tapi innova takde pula bunyi bising - bising macam tu...
Haa aku nak cerita sikit berkenaan dengan Exora Bold... Exora Bold memang jauh bezanya dari Exora lama ni... Yang pertama berkenaan dengan body.. Kalau dibandingkan kedua - duanya, exora lama memang nampak sedikit kembung berbanding dengan exora bold. Walhal sama sahaja body nya.. Mungkin disebabkan dengan bodykit exora bold yang agak mengagumkan saya... Selain itu, Spring/Absorber agak bagus berbanding exora lama.. mungkin ada yang kata sama sahaja kan, tapi aku rasa exora bold lagi kurang bumping berbanding exora lama... Akhir sekali, berkenaan dengan enjin... Sungguh jauh bezanya kalau dibandingkan CPS dengan CFE... aku selalu nampak exora bold memotong.. wahh sungguh hebat.. tak nampak macam MPV. exora bold selalu main jalan kanan.. Kalau yang duduk jalan kiri tu, kereta baru lah tu sayang nak bawak laju - laju.. hehe..
Oklah, setakat ini sahaja berkenaan kekurangan Exora lama....
Sekian.
No comments:
Post a Comment