Tuesday, 8 September 2015

Proton Exora SP

Bertemu kembali!! Maaf kerana dah lama admin tak muncul - muncul! Agak sibuk dalam setahun ni huhuhu... Kali ini admin akan membincangkan mengenai Exora SP, kenderaan MPV Proton yang telah kali ketiga diubahsuai untuk pelanggannya yang amat disayangi.



Apa kelebihan Exora SP ni la??
Buat setakat ini, kelebihan yang ada ialah pada bodykit nya. Didatangi dengan kasut sukan yang baru, yang menampakkan ciri yang lebih elegan berbading pada kasut sukannya yang lama. Lampu foglamp juga kini dalam bentuk LED! Perh lawo woii! Takde la nampak sangat kekuningan pada lampunya, zaman sekarang ni orang suka lampu putih. Yang ni konpom 100% lepas JPJ hahax.



Lampu belakang juga telah dibuat dalam versi baru! Mengapa PROTON buat lampu camni ha? Pada sebelum keluaran exora sp ini, kebanyakan pemilik exora berkelab seperti Exora Owners Club Motorsport (EOCM) telah mengubahsuai lampu seperti ini. Jadi, timbullah pemikiran designers PROTON untuk membuat lampu sedemikian rupa.. Lagipun kelab ini memang ada sangkut paut dengan PROTON.




PROTON juga telah mengubahsuai bumper belakang dengan meletakkan lampu brek belakang atau lebih dikenali sebagai foglamp belakang. Idea lampu ini juga telah diambil melalui Proton Suprima S, kenderaan hatchback terbaru PROTON. Lampu ini sangat membantu terutama ketika hujan lebat, kerana cahayanya yang sangat terang dan jelas. Mungkin yang duduk belakang kereta ni sakit mata jugak la, hahax...




Berkenaan rupa indoor, perbezaannya adalah hanya pada rupa dashboard dan butang pada bahagian lampu signal dan seangkatan dengannya. Admin agak kecewa dengan lambang pada gear iaitu pada gear L. Sepatutnya lambang gear tu diletakkan lambang S, iaitu Sport. Mungkin kerana ianya MPV, jadi letak jela L, iaitu Low. huhuhu.. Bunyi enjin dah sedap dah time guna gear L tu.. Pecutan yang terbaik.

Apa yang paling bagus dalam Exora Sp ni?
Harganya! Harganya adalah sama dengan harga Exora pada sebelum ini! Dengan pelbagai tambahan yang diberikan, harganya masih sama.. Tahniah PROTON atas segala kejayaan yang diberikan dalam pembinaan Exora SP. Kipidap, Dongibab and Yukenduit!

Setakat ini, ini sahajalah buat kali ini.. Terima kasih kerana setia bersama admin, dan terima kasih kerana sudi membaca!