Friday, 22 November 2013

Keliru Dengan Kelajuan Dan Horse Power Bugatti Veyron??

Bugatti Veyron, antara kereta terlaju di dunia. Ianya popular dengan kelajuannya yang menakjubkan.. Kalau tanya orang kaki kereta, siapa yang tak kenal dengan kereta ini? Haha tak tahulah kalau budak kereta pun tak tahu kereta ini.. huhu sedih la..


Tetapi, ramai yang keliru dengan kelajuannya. Sejujurnya, aku sendiri pun keliru pada mulanya. Ada yang kata kelajuan maksimumnya 1001 km/h... Ada yang kata kelajuan maksimumnya 420 km/h. Erkk mana satu ni? 


Sebenarnya, kelajuan maksimumnya ialah 420 km/h dan bukannya 1001 km/h.. Nombor 1001 itu ialah jumlah maksimum horse power nya.. Apabila kita lihat meternya bila kereta ini memecut laju, jarum metre di bahagian kiri akan accelerate dengan pantas.. Itu bermakna kereta ini menggunakan 1001 horse power sepenuhnya.

Aku pun terkejut apabila kereta ini melakukan aksi drag, metre di bahagian kiri cepat accelerate.. Walhal kereta itu tidak selaju mana pun. Aish..

Metre di bahagian itu barulah kelajuan yang sebenarnya. Haha sebenarnya tak logik apabila kelajuannya 1001. Perhh rasanya kereta itu pasti melayang...

Oklah, ini sahaja untuk hari ini.










Monday, 18 November 2013

Aduhh!! JPJ Buat Hal!

Zaman dah maju. Kereta dah banyak orang pakai. Setiap hari mesti ada kereta yang dibeli oleh rakyat Malaysia. JPJ pun keluarkan roadtax hari - hari.. Oh kayanya Malaysia. Semua orang dah pakai kereta.. Tapi MASALAHNYA sekarang ni ialah, JPJ buat DUA SISTEM untuk keluarkan roadtax! Adoii..


JPJ buat road tax menggunakan dua sistem ketika ini, satu sistem baharu dan yang satu lagi sistem lama. JPJ ni pun pandai, yang awal bulan dia pakai sistem baharu, nak dekat masuk bulan baru dia guna sistem lama.. Perhh... Susah hidup.. 

Nak tahu kenapa sistem lama tak bagus? Ini kerana sistem baru buat no plat kereta dah nak masuk abjad baru dah. Pastu JPJ guna sistem lama time hujung bulan. So, dapat no plat lama lah. 

Tak faham ker? Emm takpe lah, aku bagi contoh. Contohnya kita buat guna no. plat negeri Perak lah senang. Aku kan orang perak. haha.. Ok macam ni contohnya : Ketika ini no. plat terkini ialah AJM 3025. Pastu JPJ guna sistem baru, no. plat akan lompat kepada no 8000 atau 9000.  So, no.plat terkini sekarang ialah AJM 9830. Dah nak masuk bulan baru, JPJ akan guna sistem lama. So, yang beli kereta pada hujung bulan akan dapat no. plat lama seperti AJM 6605 walhal orang lain dah nak masuk AJN dah.. ish ish ish kesian orang beli kereta pada hujung bulan kan?? Macam aku ni lah!! Orang dah masuk AJM 9935, aku baru dapat AJM 6602. Sakit hati betul.

So, aku nasihatkan kepada orang yang nak beli kereta, jangan beli kereta pada hujung bulan. Nanti dapat no. plat lama.. Sedih nanti.. Aku harap JPJ buang sistem lama tu.. Sistem tu buat orang menderita ada lah..

Haa! aku nak cerita sikit nie. Sekarang kerajaan keluarkan no. plat IM4U untuk rakyat Malaysia.. Sebenarnya dah lama no. plat ni, tapi baru perasan ada orang pakai.. Haha nak tahu kat mana website nya? Tekan sini . Dah tinggal sikit lagi untuk habis.

Oklah, sampai sini sahaja. Bye!


















Sunday, 17 November 2013

Kenapa Ferrari Mudah Terbakar??

Ferrari, salah satu kereta mewah ataupun yang selalu orang panggil, kereta sport yang terbaik di dunia. Harganya paling murah mungkin dalam setengah juta. Huhu mana nak cari duit sebanyak itu. Ferrari juga dikaitkan dengan orang kaya - raya seperti CEO syarikat, dan sebagainya. Bagi yang selalu tengok ceramah - ceramah, Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut dikaitkan dengan kereta Ferrari yang selalu dipandunya.. Siapa yang tak kenal ustaz tu kan..

Haa, berbalik kepada tajuk kita, kenapa Ferrari mudah terbakar?? Walhal jenama ini adalah salah satu jenama kereta yang terbaik di dunia ini... Pada pendapat aku, kereta Ferrari ni selalu dipandu laju dan menyebabkan suhu enjin nya panas. Faham - faham sajalah, kereta antara kereta yang terpantas di dunia, mestilah driver nak test speed.. nak buktikan betul ke kereta ni laju.. Tapi, sebenarnya, kereta ini tidak boleh kekalkan kelajuan yang tinggi dalam masa lebih daripada 8 jam berturut - turut. Ini kerana kereta tali sawat enjin dah panas kerana ia perlu running berjam - jam.. Kesian tali sawat tu... Oleh kerana driver memaksa ia kekalkan kelajuannya, tali sawat akan menghadapi panas melampau dan menyebabkan satu enjin terbakar.. haha..


Selain daripada memandu dalam masa yang terlalu lama, ia mungkin daripada gas turbo di dalam nya. Ferrari selalu dikaitkan dengan enjin turbo. Kebakaran mungkin berpunca daripada silinder gas yang bocor.


Disebabkan kebakaran inilah yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang ragu - ragu untuk membeli kereta mewah ni.. Kita boleh sebenarnya beli kereta dari jenama mewah ni cuma satu sahaja yang perlu diingatkan, jangan driving terlalu lama. Mungkin yang drive kereta ni leka dengan kelajuan yang luar biasa, tapi kelekaan inilah yang buatkan kita takkan jumpa lagi kereta mewah ini. Selain itu, pastikan kereta selalu hantar untuk service sebelum berjalan jauh. Apa yang foremen dari service center kata, pastikan ikut segala arahan yang diberikan. Lastly, drive carefully. haha itu sahaja pendapat dari saya.



















































Saturday, 16 November 2013

Salah Satu Kereta Dari Perodua Yang Dijamin Boleh Masuk Autoshow

Aku agak sukakan kereta ni walaupun aku tak sukakan Perodua. Hehe nak tahu kereta apa? Ia adalah Myvi. Ini kerana kereta ni boleh dibawa masuk autoshow ataupun audioshow. Ramai yang modifiy jadi seperti BMW. Di manjung ramai yang buat style macam tu. Tapi ada juga yang buat macam Volkswagen.. Itu aku minat... Agak simple. hemm. Haa ni nak tunjuk gambar Myvi yang dah siap modified..














Haha ok ok cukup sampai sini.. Ini sahaja yang terbaik yang aku suka.. Hemm yang lain, cari sendiri lah yer... hehe







Keburukan Perodua

Hari ini aku ingin memberitahu tentang keburukan Perodua... Aku minta maaf kalau aku kecilkan hati para pembaca, tapi itulah yang berlaku sejak kebelakangan ini. Dinding kenderaan Perodua semakin lama semakin nipis... Haaha kalau tak percaya cuba tekan sikit dinding pintu Viva.. Mesti kemik kedalam.. adoii.. Bukan aku nak perkecil - kecilkan Perodua, tapi itulah hakikatnyer.. Selain itu, aku dengar kalau modified sikit je warranty akan hilang.. alamak susahlah kita kan?? Pasang audio baru jer warranty hilang.. Pasang benda baru je warranty hilang.. Aii tak boleh jadi ni..  Kalau lah pembuat kereta Perodua tengah baca blog ini berharap SANGATLAH dia tukar sikit dinding kereta tu.. Dengar cerita besi dinding badan kereta Perodua diperbuat daripada besi yang dah banyak kali recycle.. Makin lama nipis lah besi itu.. emm hampeh hampeh..

Disini aku ada letakkan sedikit gambar kereta Perodua yang dah ditimpa kemalangan...






Itu saja untuk kali ini.. Faham - faham jelah, blog pertama saya kan.. hehe lenguh satu badan nak buat blog ni.. Budak newbie lah katanya...

Thursday, 14 November 2013

Motor Berkapasiti Rendah Takkan Naik Haighway Lagi!!???

Motosikal kapasiti enjin (CC) rendah berkemungkinan tidak dibenarkan berada di lebuh raya bagi melindungi pengguna kenderaan itu daripada risiko kemalangan jalan raya. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal.


 Katanya, berbanding motosikal berkuasa tinggi, pengguna motosikal kecil terdedah kepada risiko kemalangan kerana angin daripada kenderaan lain yang laju boleh mengakibatkan motosikal itu berada dalam keadaan tidak seimbang.

"Kita sedang melihat bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini, sama ada motosikal dibenarkan di lebuh raya, sama ada dikenakan tol, kategori mana yang dikenakan tol ataupun tiada tol untuk mereka, ini akan diperincikan," katanya sidang Dewan Rakyat hari ini.

Berita Selanjutnya Di Utusan Malaysia 
  •  Tak dinafikan kenderaan 4 roda lebih selamat, tapi tak semua orang di Malaysia mampu beli kereta hatta kereta kancil 2nd hand pun, apatah lagi motor berkuasa besar. Nak kenakan tol untuk motosikal yang guna lebuhraya? Kalau motor berkuasa besar tu takde masalah, tapi kalau motor kapcai atau skuter pun kena tol juga memang melampau
  •  . Di Malaysia banyak lebuhraya, hatta jalanraya biasa kat bandar2 besar pun dah macam lebuhraya double lane, bezanya takde tol je. Adakah jalan ini pun diharamkan guna motor kapcai?
  • Lebuhraya dah jadi penghubung utama kawasan2 di Malaysia. Kalau orang dari KL nak pergi pantai timur kena lalu Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur. Kalau yang di pantai barat guna Lebuhraya PLUS. Kalau motor kapcai diharamkan, bayangkan betapa jauhnya mereka kena lalu jalan lama yang lagi membahayakan dengan keadaan jalan yang kebanyakannya tidak rata, bengkang bengkok, berlubang2, sempit, menakutkan dan terpaksa mencelah - celah belakang lori dan kereta.
  • Kalau pengangkutan awam kita sangat efektif dan efisyen seperti di Jepun atau Singapura takpe juga nak haramkan motor kapcai guna highway. Ini dah la pengangkutan awam tak banyak, tak efisyen, tak tepati masa, mahal dan sebagainya.
  • Kalau buat laluan motor di lebuhraya pun tak guna kerana ramai penunggang motorsikal tak nak guna, sebab banyak jalan yang berlubang dan berlecak, lagi teruk ada gangster selalu tunggu waktu malam kat terowong laluan motor. Ada juga kereta yang masuk laluan motor.
  • Lepas ni kalau banyak kemalangan melibatkan lori, haramkan lori dari guna lebuhraya. Banyak kemalangan melibatkan bas, haramkan bas guna lebuhraya. Banyak kemalangan melibatkan kereta, haramkan kereta guna lebuhraya. Banyak kemalangan sewaktu konvoi motor kuasa besar di lebuhraya, haramkan aktiviti konvoi di lebuhraya. Dan lepas ni kalau banyak kemalangan motor kapcai di jalanraya, mungkin motor kapcai akan diharamkan pula di jalanraya biasa. Nak naik motor kapcai, naik je kat jalan kampung tanah merah.
  •  Kebanyakan kemalangan yang berlaku di Malaysia ni bukan disebabkan oleh faktor infrastruktur atau jenis kenderaan tapi sikap dan mentaliti manusia. Tempat yang kena bawak slow diorang bawak laju. Tempat yang tak boleh berhenti diorang berhenti. Lampu isyarat dah cakap merah tanda berhenti dia pergi jalan juga. Parking yang disedia khas untuk OKU diorang parking jugak. Waktu tengah mengantuk atau mabuk lepas minum arak dia pergi jugak bawak kereta. Orang dah sediakan jejantas untuk melintas jalan dia pergi juga lintas kat jalan. Banyak infrastruktur kita dah kelas pertama, tapi tak guna kalau mentaliti dan sikap masih kelas ketiga.
  • Buat la peraturan macam2, bina infrastruktur atau teknologi canggih macam mana pun, kalau sikap kita di jalanraya masih tak diubah, serius tak guna.
  • Akhir kata, kalau nak guna lebuhraya, jangan beli motor, beli kereta. Kalau tak mampu beli kereta, naik bas.

















Wednesday, 13 November 2013

Kekurangan Proton Exora(bukan Exora Bold)

Hari ini aku ingin kongsikan pendapat berkenaan dengan Exora lama yer bukannya Exora Bold.. Ini adalah pendapat daripada aku sendiri dan bukannya daripada masyarakat dan yang sama dengannya...

Yang pertama, aku nak cerita sikit berkenaan dengan tempat duduk..


Punyalah kecil tempat duduk nya... Rasanya boleh letak besar sikit lagi.... hmmm


Aku cuma berikan pendapat sahaja tentang tempat duduk ni.. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Avanza, Innova dan sebagainya, memang nampak lagi kecil.. haha apatah lagi dengan Alza.. Lagilah.. huhu


Haa yang kedua, berkenaan dengan suis signal dengan wiper terbalik... Adess

Aduhai susahla kita.. Terbalik pulak dah...

Selalunya kalau driver duduk di sebelah kanan, tangan kanan digunakan untuk tukar signal manakala tangan kiri pula untuk tukar gear(yang manual je lah karang yang auto pun tukar jugak memang rosak gearbox) kan? Macam mana boleh jadi macam nie... Walaupun boleh tukar signal walaupun terbalik, tapi rasa kurang selesa lah kan..
 
Yang ketiga, ruang lutut kiri agak sempit.. Pfff...


Lenguh sikit la kaki kiri tuh... Pasal tak boleh nak kangkang lebih - lebih kan...

Kepala lutut kiri mesti langgar punya dashboard gear tuh... Cuba lah fikirkan, kalau nak jalan jauh - jauh... Rasanya kena banyak kali berhenti dekat R&R ni kan?? hmm..


Yang keempat, lampu led indicator Air Cond agak menjolok mata nie...

Sakit mata sikit lah kalau yang duduk belakang tu.. hehe


Benda ni kira hal kecil sahaja, Cuma lampu led biru tu je yang sakit mata kalau tengok.. Tutup je dengan benda yang boleh halang cahaya lampu tu.. Apa yang susah kan..

 Yang kelima, tempat duduk tengah di baris kedua agak keras


Erhh sakit sikit kalau yang duduk di tengah - tengah tu... keras..

Tempat duduk di tengah itu memang keras.. Memamg dia buat khas untuk orang letak tangan je kot... Tapi kasihan buat orang yang duduk di tengah tu.. Sabar jelah yer...hehe

Yang keenam, tempat nak letak air agak jauh..

 
Sakit hati bila tengok air tumpah - tumpah...

Siapa yang tak suka bila memandu sambil minum air kan. Tak kiralah jalan jauh ke, jalan dekat ke, mesti beli air punya... itu kalau saya lah... Tapi masalah nya agak jauh kebawah tempat air nya kan? Huhu bahaya tu kalau jalan tengah sibuk kita pula pergi ambil air yang kat bawah tuh...


Yang ketujuh, Radio tiada usb hub... 


Sekarang ni dah tahun keberapa.. Semua radio dah ada usb hub lah...Adoii

Zaman sekarang semua dah pakai player yang ada usb hub lah.. Semua  pakat main cucuk - cucuk jer... Player nya complete.. Semua ada, Bluetooth dan sebagainya.. Tapi, usb hub mana??? Screen yang di bumbung tu memang ada usb hub.. Tapi takkan semua nak cucuk sana?? Apatahlagi untuk orang yang beli yang standard yang tiada screen kat bumbung tu.. Lagi parah..


Yang kelapan, agak susah nak memotong....

 
Enjin CPS memang teruk..

Exora agak susah.. erkk bukan agak susah, memang susah lah nak potong kereta lain... Kalau yang pakai manual bolehlah buat teknik sendiri.. Yang auto nie.. Nak buat apa? Hmm sedar jelah yang kita ni sedang membawa MPV ..

Yang kesembilan, Spring agak bumping... hemm...

  Ramai orang kata exora lama ni spring/absorber nya agak lembut... apatah lagi yang lalu jalan berlekuk - lekuk tu, lagi parah... Nak senang tukar je absorber/spring lain.. Harga nya.. Boleh tahan jugak lah...


Yang terakhir, Noise Insulation agak kurang memuaskan..

Bunyi enjin dengan persekitaran luar boleh kedengaran di dalam kokpit apatahlagi kalau tutup radio... Mungkin pintu besar agaknya... Tapi innova takde pula bunyi bising - bising macam tu...


Haa aku nak cerita sikit berkenaan dengan Exora Bold... Exora Bold memang jauh bezanya dari Exora lama ni... Yang pertama berkenaan dengan body.. Kalau dibandingkan kedua - duanya, exora lama memang nampak sedikit kembung berbanding dengan exora bold. Walhal sama sahaja body nya.. Mungkin disebabkan dengan bodykit exora bold yang agak mengagumkan saya... Selain itu, Spring/Absorber agak bagus berbanding exora lama.. mungkin ada yang kata sama sahaja kan, tapi aku rasa exora bold lagi kurang bumping berbanding exora lama... Akhir sekali, berkenaan dengan enjin... Sungguh jauh bezanya kalau dibandingkan CPS dengan CFE... aku selalu nampak exora bold memotong.. wahh sungguh hebat.. tak nampak macam MPV. exora bold selalu main jalan kanan.. Kalau yang duduk jalan kiri  tu, kereta baru lah tu sayang nak bawak laju - laju.. hehe..

Oklah, setakat ini sahaja berkenaan kekurangan Exora lama.... 
Sekian.
















Orang Gila Bawak Exora!!

Ada lah satu video nie yang aku nak tunjukkan pada semua orang... Rupa - rupanya exora yang menggunakan enjin CPS, kalau nak memotong perlu pada kadar RPM yang tinggi... Kalau ikutkan video ni kalau bawa laju baru boleh memotong dengan selesa... Tak percaya? Haa saksikan video orang gila bawak Exora... hahaha


Hahaa percaya tak?? RPM perlu tinggi sekiranya ingin memotong... Rasanya bagi yang menggunakan enjin CPS je lah... CFE tak perlu buat macam tu... Dah cukup hebat dah... Oklah, cukup sekadar ini.. Sekian.....

Tuesday, 12 November 2013

Car Loan Settlement Calculator

Ramai yang tanya mana nak cari loan settlement calculator loan settlement calculator.. Aishh susah sangat aku bagilah link nya yer... haha kesian orang2 tu dah lama cari tak jumpa2... haa link nya di bawah ini:


Haa dah jumpa website tu, pandai2 lah yer buat kat situ. Kalau yang nak beli kereta tu, hope anda dapat kereta idaman tu yer... haha.. okay okay.. jangan lupa nak check lagi blog - blog baru dengan aku yer!!